25 May 2010

XPDC Berbasikal Pengakap ke Bukit Bertangga

Posted by Admin On 11:00 PM 1 comment



Baru-baru ini pada 22 Mei 2010, kumpulan pengakap SK Sebertak dan SK Tementi mencatat sejarah bergabung menganjurkan satu xpdc berbasikal ke Rimba Rekreasi Bukit Bertangga. Xpdc ini sangat mencabar kerana peserta terpaksa berbasikal jauh untuk sampai ke destinasi tersebut. Antara tujuan xpdc ini ialah menguji murid-murid untuk mendapatkan Lencana Berbasikal Pengakap. Keseluruhannya, xpdc ini berjalan lancar mengikut apa yang dirancangkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kepada pihak polis yang mengiringi perjalanan kami pergi dan balik, diucapkan juga berbanyak-banyak terimakasih. Gambar selanjutnya KLIK SINI

18 May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 9:50 PM 1 comment


Kebanyakan sekolah merayakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin, 17 Mei 2010. Tidak ketinggalan juga SK Sebertak. Perayaan Hari Guru di sini disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Pelbagai acara telah diatur untuk memenuhi pengisian hari tersebut. Ia dimulakan dengan perhimpunan pagi. Acara dalam perhimpunan pagi itu antaranya ialah ucapan wakil murid, bacaan perutusan, nyanyian lagu Hari Guru dan Guru Pembina Negara Bangsa serta pemberian cenderamata oleh Kelab Guru. Selepas itu diadakan pula pertandingan mewarna dan melukis poster oleh murid-murid, sukaneka guru, perlawanan bolasepak antara kakitangan sekolah dengan pasukan veteran Sebertak dan kemuncaknya ialah persembahan oleh setiap guru. Tahniah kerana cikgu-cikgu sangat sporting masa tu. Ramai pulak cikgu yang menyanyi. Riuh dewan dengan gelak ketawa murid dan cikgu. Rupa-rupanya ramai juga cikgu yang berbakat kat sini. Itulah Hari guru. Gambar selanjutnya KLIK SINI

06 May 2010

Seminar " EZ MATH"

Posted by Admin On 12:07 PM No comments



Pada 5 Mei 2010 yang lalu, pihak sekolah melalui Panitia Matematik telah berjaya menganjurkan satu seminar tentang pengiraan cepat dan mudah Matematik. Ia di kenali sebagai EZ Math dan dikendalikan oleh dua penceramah terkenal iaitu En Zulaili bin Harun dan Siti Zulaika binti Mat Seman dari Syarikat Ez Math Sdn Bhd, Syah Alam. Seramai 83 peserta dari sekolah ini dan sekolah berhampiran telah mengambil bahagian. Ia bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Pada akhir seminar, para penjaga telah dijemput dan didedahkan dengan teknik EZ Math ini dan diharap dapat membuat tindakan susulan di rumah. Hasil tinjauan yang dibuat ke atas beberapa orang murid selepas seminar ini, ramai mengatakan mereka dapat mengira dan menjawab soalan matematik dengan lebih cepat dan pantas. Syabas Panitia Matematik.

Website counter