07 December 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Posted by Admin On 9:20 PM No comments

Admin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja berada. Sempena ketibaan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama berazam supaya tahun baru menjadi lebih baik bagi kita berbanding dengan tahun sebelumnya. Kami guru SK Sebertak juga berazam menjadikan tahun ini lebih cemerlang berbanding dengan tahun lalu. Insya Allah. Semoga impian menjadi kenyat [...]

02 November 2010

Kem Amali Mandi Wajib, Wuduk Dan Solat

Posted by Admin On 9:57 PM 2 comments

Pada 29 dan 30 Oktober 2010, satu Kem Amali telah diadakan untuk murid-murid Tahun Enam. Selama dua hari itu, semua murid didedahkan tentang mandi wajib, wuduk dan solat dengan betul. Murid-murid dibimbing dan melakukan amali dengan dibantu oleh guru. Gambar selanjutnya KLIK SI [...]

27 October 2010

Lawatan Ke SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu

Posted by Admin On 9:54 PM 1 comment

Pertamanya, kami mengucapkan tahniah kepada SK Beladau Kolam di atas kejayaannya merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009. Oleh itu, guru-guru SK Sebertak telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada 24.10.2010 untuk meninjau dengan lebih dekat lagi. Di sana kami diberikan taklimat oleh guru besar SK Beladau kolam iaitu Puan Hajjah Normah. Banyaklah kaedah, tips dan cara-cara [...]

Kejohanan Tenis SKS

Posted by Admin On 9:45 PM 1 comment

Pada 25.10.2010 bertempat di Komplek Rakan Muda, Bera, guru-guru lelaki telah beradu tenaga dalam permainan tenis. Permainan tenis ini dijalankan secara beregu. Empat beregu telah bertarung dan pemenangnya ialah Cikgu Shahmin dan Cikgu Hairil. kalaulah semua guru bermain, alangkah bagusnya. Gambar selanjutnya KLIK S [...]

Aktiviti Selepas UPSR

Posted by Admin On 9:32 PM 1 comment

Bagi mengisi masa lapang murid-murid Tahun Enam selepas UPSR, pihak sekolah telah merancang aktiviti-aktiviti berfaedah yang wajib diikuti oleh setiap murid. Pada setiap pagi, aktiviti dimulakan dengan membaca AlQuran dan Solat Sunat Hajat / Dhuha.Selepas itu, barulah diisi dengan aktiviti lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya ialah amali solat, permainan luaran dan dalaman, ceramah-ceramah, [...]

25 October 2010

Perkhemahan Bersepadu

Posted by Admin On 10:42 PM 1 comment

Baru-baru ini Unit Ko Kurikulum SK Sebertak telah berjaya menjalankan aktiviti perkhemahan yang melibatkan murid-murid Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam. Ia dijalankan pada 15 dan 16 Oktober 2010. Perkhemahan ini diadakan di dalam sekolah iaitu di tapak perkhemahan yang dikhaskan. Banyak aktiviti yang terpaksa dilalui oleh murid-murid. Gambar selanjutnya KLIK S [...]

07 October 2010

Sambutan Idul Fitri Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 8:26 PM 2 comments

Walaupun telah hampir sebulan Idul Fitri disambut namun kemeriahannya tetap dirasakan. Pada 05 Oktober 2010 yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Idul Fitri Peringkat Sekolah. Para guru dan penjaga bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut.Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang diberikan amatlah dihargai. Program tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan. Gambar selanjutnya KLIK [...]

15 August 2010

Ihya' Ramadan

Posted by Admin On 3:32 PM 1 comment

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk warga SK Sebertak dan sekelian muslimin dan muslimat. Semoga puasa kita kali ini diterima Allah dan bukanlah dari golongan yang mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sempena bulan mulia ini, pihak sekolah menjalankan aktiviti tadarus Al Quran yang melibatkan semua guru dan murid-murid yang dapat membaca Al Quran dengn baik. Murid-murid dibahagikan kepada 15 kumpulan [...]

10 August 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Posted by Admin On 12:50 PM 1 comment

Kem ini telah diadakan pada 7 dn 8 ogos 2010 di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan MT,SN dan BM. Penceramah-penceramah yang berpengalaman luas telah dijemput untuk meyampaikan ceramahnya di sini. Segala ilmu yang dicurahkan itu amat berguna ketika menjawab soalan UPSR kelak. Sebelum pulang, murid-murid dibawa [...]

09 August 2010

Solat Sunat Hajat UPSR

Posted by Admin On 10:47 AM 1 comment

Pada malam Khamis yang lalu, bertarikh 4 Ogos 2010 telah diadakan majlis bacaaan Yasin dan Solat Sunat Hajat memohon supaya diberikan kecemerlangan dan kesihatan untuk murid-murid menghadapai peperiksaan UPSR nanti. Semua penjaga, AJK PIBG dan pemimpin-pemimpin setempat dijemput menghadiri majlis ini. Majlis Solat Sunat hajat ini dipimpin oleh Ustaz Azlan bin Mohamad Ali. Pengisian pada malam tersebut [...]

29 July 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland

Posted by Admin On 8:18 AM No comments

Program lawatan ke Cameron Higland yang ditunggu-tunggu oleh guru dan murid akhirnya terlaksana pada 23 Julai 2010. Peserta rombongan seramai 40 orang mula bertolak seawal pagi Jumaat dengan menaiki bas. Di Cameroun Highland banyaklah aktiviti lawatan yang dibuat. Semua tempat yang dipilih telah selamat dikunjungi. Mereka berada di sana selama dua hari satu malam. Alhamdulillah, semua peserta telah [...]

20 July 2010

Ceramah Israk Dan Mikraj

Posted by Admin On 10:12 AM No comments

Sempena kedatangan Israk dan Mikraj lalu, SK Sebertak tidak terkecuali menyambut hari kebesaran tersebut. Pada hari Jumaat, 16 Julai 2010 satu ceramah agama untuk murid dan guru telah diadakan di sekolah ini. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Azlan bin Mohamad Ali, Pegawai Agama Felda Zon Bera dan Zon Mendi.Beliau mengupas isi kandungan Israk dan Mikraj dengan begitu baik sekali. Persembahannya [...]

08 July 2010

Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam

Posted by Admin On 8:24 AM No comments

Pada 23 Jun 2010 yang lalu, SK Sebertak telah dikunjungi oleh Tuan Haji M. Nor bin M. Tahir iaitu Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Pahang. Mengikut rekod, ini merupakan kali pertama KS Pendidikan Islam datang melawat sekolah ini. Kami, guru Pendidikan Islam sangat mengalu-alukan kunjungan tersebut. Apabila diberitahu, KS telah sampai ke sekolah ini terkejut juga guru-guru Pendidikan Islam. Maklumlah [...]

25 May 2010

XPDC Berbasikal Pengakap ke Bukit Bertangga

Posted by Admin On 11:00 PM 1 comment

Baru-baru ini pada 22 Mei 2010, kumpulan pengakap SK Sebertak dan SK Tementi mencatat sejarah bergabung menganjurkan satu xpdc berbasikal ke Rimba Rekreasi Bukit Bertangga. Xpdc ini sangat mencabar kerana peserta terpaksa berbasikal jauh untuk sampai ke destinasi tersebut. Antara tujuan xpdc ini ialah menguji murid-murid untuk mendapatkan Lencana Berbasikal Pengakap. Keseluruhannya, xpdc ini berjalan [...]

18 May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 9:50 PM 1 comment

Kebanyakan sekolah merayakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin, 17 Mei 2010. Tidak ketinggalan juga SK Sebertak. Perayaan Hari Guru di sini disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Pelbagai acara telah diatur untuk memenuhi pengisian hari tersebut. Ia dimulakan dengan perhimpunan pagi. Acara dalam perhimpunan pagi itu antaranya ialah ucapan wakil murid, bacaan perutusan, nyanyian lagu Hari Guru [...]

06 May 2010

Seminar " EZ MATH"

Posted by Admin On 12:07 PM No comments

Pada 5 Mei 2010 yang lalu, pihak sekolah melalui Panitia Matematik telah berjaya menganjurkan satu seminar tentang pengiraan cepat dan mudah Matematik. Ia di kenali sebagai EZ Math dan dikendalikan oleh dua penceramah terkenal iaitu En Zulaili bin Harun dan Siti Zulaika binti Mat Seman dari Syarikat Ez Math Sdn Bhd, Syah Alam. Seramai 83 peserta dari sekolah ini dan sekolah berhampiran telah mengambil [...]

30 April 2010

Kem Latihan Bola Baling Sekolah

Posted by Admin On 8:21 AM 2 comments

Permainan bola baling adalah salah satu permainan yang baru diperkenalkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Felda Sebertak mulai tahun 2007. Pada tahun 2007 juga pasukan sekolah mula ditubuhkan.Pihak sekolah menyediakan pasukan utama dan pelapis di kalangan murid-murid tahap dua bagi membentuk pasukan bola baling sekolah. Pasukan bola baling sekolah dilatih oleh dua orang guru iaitu En.Khairul [...]

27 April 2010

Pelancaran Program Keceriaan dan Mural Sekolah

Posted by Admin On 1:01 PM 1 comment

Program keceriaan peringkat sekolah dengan rasminya telah dilancarkan pada perhimpunan pagi Isnin, 26 April 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustazah Madehah selaku penyelaras keceriaan sekolah. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar dan seterusnya menarik banting yang digantung di hadapan sekolah. Maka bermulalah kerja-kerja cikgu untuk berpenat lelah menyiapkan projek masing-masing. [...]

22 April 2010

Pengajaran Bersilang

Posted by Admin On 8:40 PM No comments

Bertuah sungguh murid Tahun Enam.Tiga hari dalam minggu ni, dapat belajar dengan cikgu-cikgu sekolah berhampiran. Bersemangat sungguh murid-murid, asyik-asyik tengok muka guru lama je kat sekolah ni, minggu ni dapat belajar dengan cikgu lain. Pengajaran Bersilang merupakan salah satu program kecemerlangan murid-murid Tahun Enam. Guru-guru pun dapat mengajar kat sekolah lain dan secara tidak langsung dapat membandingkan kekuatan dan kelemahan murid-murid di sekolahnya. Sekolah yang mengambil bahagian [...]

15 April 2010

SK Sebertak Johan Keseluruhan MTQ Zon Bera

Posted by Admin On 12:54 PM 1 comment

Syabas diucapkan kepada murid-murid yang mewakili SK Sebertak dalam pertandingan MTQ Zon Bera di SK Mayam pada 25 Mac 2010. SK Sebertak telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam pertandingan itu. Acara-acara yang telah duji pada hari tersebut ialah tilawah Al Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah nabi dan nasyid. Keputusan pemenang seperti di bawah ini.Tilawah Al Quran - Naib Johan (Perempuan)Hafazan [...]

13 April 2010

Meriahnya Sukan Tahunan Sekolah 2010

Posted by Admin On 10:38 PM No comments

Sukan tahunan sekolah tahun ini dijalankan dengan penuh meriah. Pada 6 Mac 2010, sejak dari pagi lagi kemeriahan dapat dirasakan. Ramai penjaga datang dan memberi sokongan kepada guru dan anak-anak mereka yang bertanding.Sambutan yang begitu hangat daripada penduduk setempat secara tidak langsung menambahkan lagi ikatan muhibbah dan semangat guru-guru sekolah ini untuk berkerja lebih giat lagi. Antara [...]

Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Daerah Bera

Posted by Admin On 11:12 AM 1 comment

Pada 12 April 2010 (Isnin), telah berlangsung kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Daerah Bera di sekolah ini. Empat pasukan mewakili zon masing-masing iaitu Zon Bera, Zon Triang, Zon Mendi dan Zon Mengkarak.Empat pasukan ini mempamerkan permainan yang berkualiti untuk menjadi johan Daerah. Nasib menyebelahi Zon Mendi yang menjadi johan setelah menghadapi tentangan sengit dari Zon Bera. Seramai 18 pemain telah dipilih untuk membawa cabaran daerah Bera ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadakan [...]

10 April 2010

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 11:58 AM No comments

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan dari 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010.Pelbagai aktivi yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berjayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah1. Ceramah Anti Dadah2. Pertandingan Mewarna murid Tahap Satu3. Pertandingan Melukis Poster murid Tahap Dua4. Pertandingan Kuiz5. Penerapan Penyalahgunaan dadah Dalam pengajaran dan pembelaja [...]

Pages 111234 »
Website counter