02 October 2011

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1432H/2011

Posted by Admin On 5:54 PM 1 comment






26 September 2011 - Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan (f) Sebertak telah diadakan bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Murid-murid telah diwajibkan memakai pakaian raya masing-masing. Guru-guru serta staf-staf Sekolah Kebangsaan (f) Sebertak juga tidak ketinggalan turut sama memeriahkan majlis dengan memakai pakaian raya masing-masing. Antara menu yang telah menjadi pilihan ialah lemang, rendang, sate, soto dan pelbagai lagi di samping kuih raya yang telah disumbangkan sendiri oleh warga sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat ialah YDP PIBG, ajk PIBG dan wakil-wakil daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Majlis telah berlangsung dengan meriah walaupun dalam keadaan yang bersederhana. Semoga majlis yang telah berlangsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak.

02 August 2011

PROGRAM KECEMRLANGAN TAHUN 6 DI JANDA BAIK, PAHANG

Posted by Admin On 10:31 PM No comments














Pada tanggal 29 Julai hingga 30 Julai baru-baru ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK (F) Sebertak telah mengadakan program sempena kecemerlangan tahun 6 iaitu Rehat Minda bagi murid-murid tahun 6 di Janda Baik, Pahang.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang berada di sana seperti program motivasi dan banyak lagi. Semoga program ini dapat menambahkan lagi ilmu dan pengalaman murid-murid dan menjadi kenangan sepanjang hayat.

18 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan 2011

Posted by Admin On 10:01 PM 2 comments



























































Larian 1Murid 1Sukan telah disokong penuh oleh seluruh warga Sk (f) Sebertak. Larian ini yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 telah memenuhi kehendak dasar yang telah diwujudkan iaitu mewajibkan setiap murid untuk menyertai 1 sukan sekurang-kurangnya.

Seawal jam 7 pagi lagi guru-guru dan murid-murid telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendaftar. Pada jam 7.45 pagi, larian telah dimulakan. Murid-murid memulakan dan menamatkan larian di padang sekolah. Setelah tamatnya larian, murid-murid berkumpul di padang untuk menyertai aktiviti seterusnya iaitu sukaneka. setelah waktu rehat, aktiviti senamrobik pula diadakan. Selepas itu, penyampaian hadiah diadakan dan bersurai.

11 July 2011

FAMILY DAY DI CHERATING

Posted by Admin On 10:10 AM 3 comments

Lokasi pilihan untuk family day pada tahun ini ialah Residence Inn Cherating, Kuantan. Family day ini telah diadakan pa
da 25-26 Jun 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian family day. Segala aktiviti yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya dan family day ini berakhir dengan pengalaman yang begitu menyeronokkan.
Tahniah kepada pihak yang telah berjaya menjayakannya...
Semoga pada tahun hadapan kita akan ke lokasi yang lain pula...







MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

Posted by Admin On 9:49 AM 1 comment












" bertemu dan berpisah adat manusia biasa..


hilang di mata tapi di hati tidak lupa..


berdoalah kita agar aman dan sentosa..

semoga dapat kita berjumpa di lain masa..."


Inilah lagu yang dinyanyikan oleh gabungan murid-murid tahap 2 SK (F) Sebertak pada hari perpisahan guru besar.


Pada tanggal 24 Jun 2011, SK (F) Sebertak telah mengadakan majlis perpisahan buat En Mohd Pirzan b. Md Noh, guru besar sekolah kami yang telah lulus pertukaran beliau ke daerah Temerloh. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini bermula pada pertengahan tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2011. Perkhidmatan beliau selama 6 tahun di sekolah ini meninggalkan banyak kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.


Kepada En. Mohd Pirzan Md Noh, selamat maju jaya di sekolah baru. Ingat-ingatlah kami di sini.....

Anak cina panjat pokok berangan,

Jauh di mata di hati jangan.


Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,


Intai kami antara nampak,


Esok jangan rindu-rinduan.





18 May 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6

Posted by Admin On 9:55 PM 1 comment
















Luas pemandangan, banyak pengalaman. Pada tanggal 13 Mei-14 Mei 2011, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bagi murid-murid tahun 6. Seramai 40 orang murid telah menyertai lawatan ini bersama dengan 4 orang guru pengiring iaitu Cik Hafizan bt Jali, Cik Nor Rizan Ghani, En Mohd Ikram dan juga En Junaidi serta En Mohd Hairil Azhar.

Antara tempat yang telah dilawati adalah Menara Berkembar Petronas, Petrosains, Planetrium Negara, Aquaria KLCC dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang telah dikunjungi. Lawatan ini banyak memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar dengan melihat budaya-budaya baru di tempat orang. Diharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan segala pengalaman yang telah diperoleh untuk kebaikan pada masa hadapan.







HARI GURU SKS 2011

Posted by Admin On 8:43 PM 1 comment








Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Hari Guru merupakan hari penghargaan kepada setiap insan yang bergelar guru. Berdasarkan sejarah, pada tanggal 16 Mei ini iaitu pada tahun 1956, Laporan Razak telah diterima sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dan semenjak itu, tanggal 16 Mei ini telah dipilih sebagai Hari Guru bagi negara kita. Tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

SK (F) Sebertak juga telah meraikan Hari Guru peringkat sekolah pada tanggal 16 Mei 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian pada hari guru pada tahun ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bola jaring dan bola sepak, sukaneka, pertukaran hadiah, persembahan guru dan juga murid serta anugerah guru popular. Hampir kesemua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan staf-staf sokongan.

08 May 2011

SUKANEKA PRASEKOLAH

Posted by Admin On 8:57 AM No comments






Sukaneka prasekolah telah diadakan pada 6 Mei 2011 bertempat di padang SK Felda Sebertak. Sukaneka telah bermula pada jam 8 pagi. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah acara tarik tali, acara mengisi air di dalam botol dan pelbagai lagi.

Saksikan lagi aksi-aksi comel murid prasekolah di sini.

Website counter