23 January 2011

MERENTAS DESA 2011

Posted by Admin On 11:32 AM No comments




Tahniah diucapkan kepada SK (F) Sebertak kerana dapat menjayakan aktiviti merentas desa pada 21 Januari 2011. Aktiviti ini dijalankan sebelum Sukan sekolah akan dilangsungkan tidak lama lagi untuk melibat bakat-bakat murid SK (F) sebertak dalam sukan. Semua pelajar dan guru terlibat dalam aktiviti ini. Moga pada tahun ini, SK(F) sebertak bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran sahaja, malah cemerlang dalam kokurikulum. Insyaallah.Ucapan terima kasih kepada pihak yang menjayakan program ini.

07 December 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Posted by Admin On 9:20 PM No comments

Admin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat di mana sahaja berada. Sempena ketibaan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama berazam supaya tahun baru menjadi lebih baik bagi kita berbanding dengan tahun sebelumnya. Kami guru SK Sebertak juga berazam menjadikan tahun ini lebih cemerlang berbanding dengan tahun lalu. Insya Allah. Semoga impian menjadi kenyataan

02 November 2010

Kem Amali Mandi Wajib, Wuduk Dan Solat

Posted by Admin On 9:57 PM 2 comments



Pada 29 dan 30 Oktober 2010, satu Kem Amali telah diadakan untuk murid-murid Tahun Enam. Selama dua hari itu, semua murid didedahkan tentang mandi wajib, wuduk dan solat dengan betul. Murid-murid dibimbing dan melakukan amali dengan dibantu oleh guru. Gambar selanjutnya KLIK SINI.

27 October 2010

Lawatan Ke SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu

Posted by Admin On 9:54 PM 1 comment



Pertamanya, kami mengucapkan tahniah kepada SK Beladau Kolam di atas kejayaannya merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009. Oleh itu, guru-guru SK Sebertak telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada 24.10.2010 untuk meninjau dengan lebih dekat lagi. Di sana kami diberikan taklimat oleh guru besar SK Beladau kolam iaitu Puan Hajjah Normah. Banyaklah kaedah, tips dan cara-cara untuk mendapatkan kecemerlangan yang disampaikannya. Dokumentasi-dokumentasi juga banyak dan disusun dengan kemas. Insya Allah SK Sebertak akan mengikut jejak SK Beladau Kolam beberapa tahun lagi. Gambar selanjutnya KLIK SINI

Kejohanan Tenis SKS

Posted by Admin On 9:45 PM 1 comment



Pada 25.10.2010 bertempat di Komplek Rakan Muda, Bera, guru-guru lelaki telah beradu tenaga dalam permainan tenis. Permainan tenis ini dijalankan secara beregu. Empat beregu telah bertarung dan pemenangnya ialah Cikgu Shahmin dan Cikgu Hairil. kalaulah semua guru bermain, alangkah bagusnya. Gambar selanjutnya KLIK SINI

Aktiviti Selepas UPSR

Posted by Admin On 9:32 PM 1 comment



Bagi mengisi masa lapang murid-murid Tahun Enam selepas UPSR, pihak sekolah telah merancang aktiviti-aktiviti berfaedah yang wajib diikuti oleh setiap murid. Pada setiap pagi, aktiviti dimulakan dengan membaca AlQuran dan Solat Sunat Hajat / Dhuha.Selepas itu, barulah diisi dengan aktiviti lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan antaranya ialah amali solat, permainan luaran dan dalaman, ceramah-ceramah, perkhemahan, melukis mural, pengukuhan fardu ain, lawatan dan sebagainya. Gambar selanjutnya KLIK SINI

25 October 2010

Perkhemahan Bersepadu

Posted by Admin On 10:42 PM 1 comment



Baru-baru ini Unit Ko Kurikulum SK Sebertak telah berjaya menjalankan aktiviti perkhemahan yang melibatkan murid-murid Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam. Ia dijalankan pada 15 dan 16 Oktober 2010. Perkhemahan ini diadakan di dalam sekolah iaitu di tapak perkhemahan yang dikhaskan. Banyak aktiviti yang terpaksa dilalui oleh murid-murid. Gambar selanjutnya KLIK SINI

07 October 2010

Sambutan Idul Fitri Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 8:26 PM 2 comments


Walaupun telah hampir sebulan Idul Fitri disambut namun kemeriahannya tetap dirasakan. Pada 05 Oktober 2010 yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Idul Fitri Peringkat Sekolah. Para guru dan penjaga bergotong-royong untuk menjayakan majlis tersebut.Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang diberikan amatlah dihargai. Program tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan. Gambar selanjutnya KLIK SINI

15 August 2010

Ihya' Ramadan

Posted by Admin On 3:32 PM 1 comment


Selamat menunaikan ibadah puasa untuk warga SK Sebertak dan sekelian muslimin dan muslimat. Semoga puasa kita kali ini diterima Allah dan bukanlah dari golongan yang mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sempena bulan mulia ini, pihak sekolah menjalankan aktiviti tadarus Al Quran yang melibatkan semua guru dan murid-murid yang dapat membaca Al Quran dengn baik. Murid-murid dibahagikan kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang atau 2 orang guru. Ia dijalankan pada waktu rehat. Semoga program ini dapat menambah ibadah kita dalam bulan puasa ini. Gambar selanjutnya KLIK SINI

10 August 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Posted by Admin On 12:50 PM 1 comment


Kem ini telah diadakan pada 7 dn 8 ogos 2010 di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Tujuan program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan MT,SN dan BM. Penceramah-penceramah yang berpengalaman luas telah dijemput untuk meyampaikan ceramahnya di sini. Segala ilmu yang dicurahkan itu amat berguna ketika menjawab soalan UPSR kelak. Sebelum pulang, murid-murid dibawa melawat Taman Hidupan Liar Kuala Gandah dan Deerland di Lanchang. .....Selamat Maju Jaya....SK SEBERTAK Cemerlang.....Gambar selanjutnya KLIK SINI

Website counter