29 July 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland

Posted by Admin On 8:18 AM No comments



Program lawatan ke Cameron Higland yang ditunggu-tunggu oleh guru dan murid akhirnya terlaksana pada 23 Julai 2010. Peserta rombongan seramai 40 orang mula bertolak seawal pagi Jumaat dengan menaiki bas. Di Cameroun Highland banyaklah aktiviti lawatan yang dibuat. Semua tempat yang dipilih telah selamat dikunjungi. Mereka berada di sana selama dua hari satu malam. Alhamdulillah, semua peserta telah pergi dan balik dengan selamat. Gambar selanjutnya KLIK SINI

20 July 2010

Ceramah Israk Dan Mikraj

Posted by Admin On 10:12 AM No comments



Sempena kedatangan Israk dan Mikraj lalu, SK Sebertak tidak terkecuali menyambut hari kebesaran tersebut. Pada hari Jumaat, 16 Julai 2010 satu ceramah agama untuk murid dan guru telah diadakan di sekolah ini. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Azlan bin Mohamad Ali, Pegawai Agama Felda Zon Bera dan Zon Mendi.Beliau mengupas isi kandungan Israk dan Mikraj dengan begitu baik sekali. Persembahannya juga menarik perhatian murid-murid untuk terus mendengarnya. Bukannya mudah untuk menarik perhatian murid. Gayanya bersahaja dan bantuan LCD, tanpa disedari satu jam telah berlalu.Tahniah Ustaz. Diharapkan kandungan ceramah tersebut dapat memberi impak yang berguna dan dihayati oleh warga SK Sebertak. Amin

08 July 2010

Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam

Posted by Admin On 8:24 AM No comments



Pada 23 Jun 2010 yang lalu, SK Sebertak telah dikunjungi oleh Tuan Haji M. Nor bin M. Tahir iaitu Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Pahang. Mengikut rekod, ini merupakan kali pertama KS Pendidikan Islam datang melawat sekolah ini. Kami, guru Pendidikan Islam sangat mengalu-alukan kunjungan tersebut. Apabila diberitahu, KS telah sampai ke sekolah ini terkejut juga guru-guru Pendidikan Islam. Maklumlah yang datang bukan calang-calang orang dan memang tidak disangka-sangka. Dalam pemantauan tersebut, banyaklah perkara yang diteliti dan dikaji. Ada pujian, teguran, bimbingan dan sebagainya. Yang pentingnya dapat berdailog terus dengan KS tentang isu-isu terkini dan permasalahan yang dihadapi. Mudah-mudahan dengan kunjungan ini dapat meningkatkan lagi motivasi GPI sekolah ini. Insya Allah.

Website counter