22 February 2011

Pelantikan Pengawas sesi 2011

Posted by Admin On 10:24 AM No comments

Pada tanggal 7 Februari 2011, pelantikan pengawas dan pengawas perpustakaan sesi 2011 telah diadakan pada perhimpunan pagi tersebut. Seramai 40 orang murid yang telah dipilih untuk dipertanggungjawabkan sebagai pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan. Sijil pelantikan dan buku nota telah disampaikan oleh Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1 iaitu Puan Che Amah Hj Mohamed. Kemudian pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan membaca ikrar pengawas yang diketuai oleh Mohd Hisyam b. Haridan. Selamat menjalankan tugas dengan penuh komitmen kepada semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SK Felda Sebertak dan semoga anda semua dapat membantu guru dalam memastikan disiplin sekolah ini terus terkawal.


video

Website counter