15 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1

Posted by Admin On 10:34 AM No comments







Pada 6,7, dan 8 April yang lepas, telah diadakan Program Kecemerlangan UPSR fasa 1 bertempat di Tapak Ramsar Tasik Bera. Seramai 47 orang murid telah menyertai program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah ini. Program ini juga telah melibatkan semua warga sekolah (f) Sebertak.

Program ini bermula dengan pendaftaran murid-murid pada jam 3 petang di Tapak Ramsar Tasik Bera dan kemudiannya murid-murid mula memasang khemah masing-masing sebelum membuat persediaan diri bagi meneruskan agenda yang telah dirancang. Pada sebelah malamnya, murid-murid telah diberi taklimat oleh pihak Ramsar dan kemudiannya membuat persediaan tidur.

Pada keesokan harinya, aktiviti pertama bermula dengan slot sains, seterusnya slot bahasa inggeris dan diikuti slot matematik. Pada sebelah petangnya pula murid-murid dibawa mengelilingi Tasik Bera dengan menaiki bot. Pada sebelah malamnya pula, slot motivasi yang telah sampaikan oleh Encik Adnan daripada PPD Cameron Highlands. Selelsai slot tersebut, murid-murid membuat persiapan tidur.

Pada keesokan harinya, murid-murid mula mengemas khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan masing-masing dan seterusnya majlis penutup telah diadakan menandakan program tersebut telah berakhir. Semua murid dan guru berangkat pulang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan program yang telah diadakan ini kita dapat meningkatkan prestasi UPSR kita pada tahun ini.

Gambar selanjutnya sila lihat di facebook Sk sebertak

Website counter