30 April 2010

Kem Latihan Bola Baling Sekolah

Posted by Admin On 8:21 AM 2 comments



Permainan bola baling adalah salah satu permainan yang baru diperkenalkan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Felda Sebertak mulai tahun 2007. Pada tahun 2007 juga pasukan sekolah mula ditubuhkan.Pihak sekolah menyediakan pasukan utama dan pelapis di kalangan murid-murid tahap dua bagi membentuk pasukan bola baling sekolah. Pasukan bola baling sekolah dilatih oleh dua orang guru iaitu En.Khairul ‘Azmi b. Abd Latif dan En.Shamin b.Zainal Abidin.

27 April 2010

Pelancaran Program Keceriaan dan Mural Sekolah

Posted by Admin On 1:01 PM 1 comment



Program keceriaan peringkat sekolah dengan rasminya telah dilancarkan pada perhimpunan pagi Isnin, 26 April 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustazah Madehah selaku penyelaras keceriaan sekolah. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar dan seterusnya menarik banting yang digantung di hadapan sekolah. Maka bermulalah kerja-kerja cikgu untuk berpenat lelah menyiapkan projek masing-masing. Guru-guru telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dikehendaki menyiapkan Visi, Misi dan Lagu Sekolah. Kumpulan 2 menyiapkan Rukunh Islam dan Rukun Iman. Kumpulan 3 pula dengan projeknya menyiapkan gambar bendera-bendera negeri. Letih ada, gembira ada, tension pun ada. Yang penting kerjasama. Walau pun kami banyak mulut tapi hasil Tip Top. Mudahan siap mengikut yang dirancangkan

22 April 2010

Pengajaran Bersilang

Posted by Admin On 8:40 PM No comments

Bertuah sungguh murid Tahun Enam.Tiga hari dalam minggu ni, dapat belajar dengan cikgu-cikgu sekolah berhampiran. Bersemangat sungguh murid-murid, asyik-asyik tengok muka guru lama je kat sekolah ni, minggu ni dapat belajar dengan cikgu lain. Pengajaran Bersilang merupakan salah satu program kecemerlangan murid-murid Tahun Enam. Guru-guru pun dapat mengajar kat sekolah lain dan secara tidak langsung dapat membandingkan kekuatan dan kelemahan murid-murid di sekolahnya. Sekolah yang mengambil bahagian ialah SK Rentam, SK Tementi dan sekolah empunya blog ini. Tapi sayang terlupa nak snap gambar untuk dipaparkan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberi makna kepada murid-murid dan guru. Bera Top Four dalam genggaman

15 April 2010

SK Sebertak Johan Keseluruhan MTQ Zon Bera

Posted by Admin On 12:54 PM 1 comment





Syabas diucapkan kepada murid-murid yang mewakili SK Sebertak dalam pertandingan MTQ Zon Bera di SK Mayam pada 25 Mac 2010. SK Sebertak telah berjaya menjadi juara keseluruhan dalam pertandingan itu. Acara-acara yang telah duji pada hari tersebut ialah tilawah Al Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah nabi dan nasyid. Keputusan pemenang seperti di bawah ini.

Tilawah Al Quran - Naib Johan (Perempuan)

Hafazan - Johan (Perempuan) , Naib Johan (Lelaki)

Bercerita - Johan (Lelaki), Naib Johan (Perempuan)

Nasyid - Ketiga

Sebanyak 10 buah sekolah menyertai pertandingan tersebut.

13 April 2010

Meriahnya Sukan Tahunan Sekolah 2010

Posted by Admin On 10:38 PM No comments



Sukan tahunan sekolah tahun ini dijalankan dengan penuh meriah. Pada 6 Mac 2010, sejak dari pagi lagi kemeriahan dapat dirasakan. Ramai penjaga datang dan memberi sokongan kepada guru dan anak-anak mereka yang bertanding.Sambutan yang begitu hangat daripada penduduk setempat secara tidak langsung menambahkan lagi ikatan muhibbah dan semangat guru-guru sekolah ini untuk berkerja lebih giat lagi. Antara acara yang dipertandingkan ialah khemah tercantik, perbarisan , sukaneka, acara padang , balapan dan acara terbuka untuk pegawai sukan dan penduduk setempat. Walau pun kami letih tetapi keletihan itu terbayar dengan kejayaan dan kemeriahan sukan tersebut. Jumpa lagi tahun depan kalau kami masih ada kat sini lagi.

Kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Daerah Bera

Posted by Admin On 11:12 AM 1 comment

Pada 12 April 2010 (Isnin), telah berlangsung kejohanan Bolasepak Bawah 12 Tahun Daerah Bera di sekolah ini. Empat pasukan mewakili zon masing-masing iaitu Zon Bera, Zon Triang, Zon Mendi dan Zon Mengkarak.Empat pasukan ini mempamerkan permainan yang berkualiti untuk menjadi johan Daerah. Nasib menyebelahi Zon Mendi yang menjadi johan setelah menghadapi tentangan sengit dari Zon Bera. Seramai 18 pemain telah dipilih untuk membawa cabaran daerah Bera ke Kejohanan Peringkat Negeri yang akan diadakan di Kuantan tidak lama lagi. Johan Bera Johan

10 April 2010

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 11:58 AM No comments




Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan dari 22 Mac 2010 hingga 26 Mac 2010.Pelbagai aktivi yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan berjayanya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah
1. Ceramah Anti Dadah
2. Pertandingan Mewarna murid Tahap Satu
3. Pertandingan Melukis Poster murid Tahap Dua
4. Pertandingan Kuiz
5. Penerapan Penyalahgunaan dadah Dalam pengajaran dan pembelajaran

Website counter