28 March 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011

Posted by Admin On 5:24 AM 1 comment

Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon bera telah diadakan pada tanggal 24 Mac 2011. Pada tahun ini SK Felda Kumai telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Sebanyak 1o buah sekolah yang telah menyertai majlis tadarus al-quran peringkat zon bera ini iaitu SK Felda Kumai, SK Felda Triang 2, SK Felda Triang 3, SK Felda Rentam, SK Felda Purun, SK Felda Tementi, SK Felda Mayam, SK Felda Sebertak, SK Felda Bukit Gemuruh dan SK Felda Bukit Kepayang. Antara pertandingannya adalah tadarus al-quran, pertandingan nasyid, pertandingan bercerita dan pertandingan hafazan.

Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan pada jam 8.00 pagi hakim diberi taklimat. Pertandingan telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berhenti rehat pada jam 10.30 pagi. Pada jam 10.45 pagi, pertandingan bersambung kembali dan pada jam 12.30 tengahari majlis penutupan dimulakan. Majlis penutupan dirasmikan oleh En Che Ab Hamid b Shafii iaitu wakil Pelajaran Daerah Bera dan majlis bersurai pada jam 2.00 petang.

SK Felda Sebertak telah mengekalkan kejayaan dengan menjadi johan keseluruhan selama 2 tahun berturut-turut dan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Antara nama yang telah mengharumkan nama sekolah adalah Siti Solehah bt Razali (johan tadarus al-quran), Aimie Nabila bt Yusri (johan hafazan), Mohd Hissyam b Haririzan (johan bercerita), Nurul Humaira' bt Rosli (naib johan bercerita). Kepada yang kurang bernasib baik semoga dapat mencuba yang terbaik pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pedidikan Islam kerana telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam usaha mengekalkan SK Felda Sebertak sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.


Gambar seterusnya klik sini

25 March 2011

KEJOHANAN PEMILIHAN OLAHRAGA ZON 3 BERA 2011

Posted by Admin On 12:22 PM 2 comments

Pada tanggal 21 Mac 2011, SK Sebertak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Pemilihan Olahraga Zon 3 Bera. Antara sekolah yang terlibat ialah SK (F) Sebertak, SK (F) Kumai, SK (F) Purun, SK (F) Rentam, SK (F) Tementi, SK (F) Bukit Kepayang dan SK (F) Mayam. Antara acara balapan yang dipertandingkan ialah 100m, 200m, 400m, 4x100m dan 100m larian berhalangan manakala acara padang yang dipertandingkan ialah lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Pegawai-pegawai daripada setiap sekolah telah dipilih untuk menjayakan lagi kejohanan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai yang telah berhempas pulas untuk menjayakan kejohanan ini terutama sekali Cik Nor Hafizan binti Zali yang merupakan pegawai teknikal bagi kejohanan ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada SK (F) Sebertak kerana telah menjayakan kejohanan ini.





Acara Padang Lompat Jauh


Larian 100m Perempuan


Senaman sebelum acara berlangsung

Acara padang Lompat Tinggi Lelaki



Penyampaian Hadiah. Tahniah diucapkan kepada yang terpilih mewakili Zon 3 Bera.


LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS ANJURAN PIBG

Posted by Admin On 11:02 AM 1 comment

Pada tanggal 17 dan 18 Mac 2011, telah diadakan satu lawatan ke Cameron Highlands anjuran PIBG. Lawatan ini telah disertai seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa PIBG dan keluarga masing-masing dan menginap di Hotel Cool Point. Antara tempat yang telah dilawati adalah Taman Strawberi, Cactus Point, dan MARDI Cameron Highlands. Tujuan utama lawatan ini diadakan ialah untuk mendedahkan PIBG dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara kita. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Ahli Jawatankuasa PIBG. Pelbagai implikasi yang diperoleh daripada lawatan ini seperti dapat membuka mata dan minda kita terhadap persekitaran orang lain, menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada setiap individu serta memberi pendedahan terhadap alam ciptaan Allah SWT. Disamping itu, program ini dapat lagi mengeratkan tali siraturrahim antara guru dan ibu bapa. Diharapkan program seperti ini dapat dilangsungkan setiap tahun.





Mesyuarat PIBG diadakan di Hotel Cool Point


Makan Pagi Di Hotel Cool Point


Lawatan Ke RISDA Cameron Highland




Lawatan Ke Ladang Strawberry Cameron Highland


23 March 2011

KEJOHANAN SUKAN 2011

Posted by Admin On 10:28 PM No comments

Tanggal 5 Mac 2011 telah dipilih bagi mengadakan Kejohanan olahraga SK (Felda) Sebertak bagi tahun ini. Sebelum hari kejohanan, telah diadakan sukan tara sempena kejohanan olahraga selama 2 hari berturut. Antara acara yang telah diadakan adalah acara susun tin, susun nombor, tarik bola menggunakan gelung, gelek bola hoki, tarik tali dan perah air dalam botol. Pelbagai acara balapan telah dipertandingkan pada hari kejohanan tersebut seperti acara 100m, 200m, 4x100m, 60 m, lompat tinggi dan lompat jauh. Terdapat juga acara yang telah disediakan untuk ibu bapa dan guru seperti lumba basikal 400m dan cari harta karun. Pertandingan rumah sukan tercantik turut dipertandingkan dan dimenangi oleh rumah sukan kuning. Acara yang turut menjadi tumpuan ialah pertandingan perbarisan tercantik dan pertandingan ini telah dimenangi oleh rumah sukan hijau.
Antara acara Sukan Tara "Gelek Bola Hoki"

Perbarisan Semasa Hari Kejohanan SK (F) Sebertak

Acara Padang Tarik Tali antara Pra Al-Hikmah dan Al-Hidayah

Acara Lumba Basikal antara guru, ibu bapa dan pegawai padang

Penyampaian Hadiah dan Piala Pusingan


GAMBAR HARI OLAHRAGA SK (F) SEBERTAK 2011




GAMBAR SUKAN TARA


09 March 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011

Posted by Admin On 11:22 PM No comments

Pada tanggal 25 Februari 2011 diadakan Sambutan Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul atau dikenali hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad saw disambut pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah. Dengan adanya sambutan ini dapat kita dapat mengingati jasa-jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam memperjuangkan agama Islam dan umat islam menjadikan perjalanan hidup Rasulullah sebagai pedoman.

ATURCARA PROGRAM

7.30 pagi

Guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan.


7.45 pagi

Selawat beramai-ramai ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w dan taklimat ringkas diberikan mengenai perjalanan majlis.

8.30 pagi

Guru-guru dan murid-murid masuk ke dalam dewan.


9.00 pagi

Ceramah Maulidur Rasul oleh Hj. Ahmad Termizi b Hamzah ( SK Mayam )

11.00 pagi

Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2011.

12.00 tengahari

Majlis bersurai.


Gambar selanjutnya di bawah ini.




03 March 2011

Kejohanan Bola Baling

Posted by Admin On 10:28 PM No comments








Pada tanggal 17 Februari 2011 telah diadakan satu kejohanan bola baling peringkat zon. Murid-murid yang telah dipilih untuk mewakili pasukan bola baling sekolah ini terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Satu perlawanan persahabatan telah diadakan dengan SK Felda Tementi, tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan bola baling sekolah dengan kekalahan 5-1. Pada hari kejohanan, pasukan sekolah telah menjadi naib johan kumpulan dengan menang terhadap SK Felda Mayam dengan 3-1 dan kalah tipis tehadap SK Felda Tementi dengan 2-1. dalam pusingan kedua pasukan sekolah telah menjadi johan dengan menang terhadap SK Felda Rentam dengan mata 4-1 dan seri dengan SK Triang 3 dengan 1-1. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah untuk menggondol emas dengan kalah tipis dengan pasukan SK Bukit Kepayang dengan 1-0.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan membawa pulang kemenangan di tempat yang kedua. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada jurulatih pasukan bola baling ini iaitu Encik Khairul 'Azmi b. Abd Latif dan Cik Nurzuin bt Kamarudin kerana telah membawa pasukan ini berjuang berhabis-habisan. Semoga kemenangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada kemajuan sukan SK Felda Sebertak pada masa akan datang.

Website counter