14 October 2011

AKTIVITI TAHUN 6 SELEPAS UPSR

Posted by Admin On 10:46 PM No comments










Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan bagi murid-murid tahun 6 selepas UPSR. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan bola jaring, pertandingan bola sepak pertandingan memasak. Guru-guru tahun 6 turut memberi sokongan kepada murid-murid. Bagi murid-murid tahun 6, hargailah masa dan peluang yang ada bersama rakan seperjuanganmu dan guru-gurumu untuk diabadikan sebagai kenangan terindah sepanjang hidupmu.

12 October 2011

PROKAS (PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR

Posted by Admin On 12:57 PM No comments



13 Oktober 2011 - Bertempat di Tapak Ramsar Tasik Bera telah diadakan satu program kesedaran alam sekitar bagi murid-murid prasekolah. Lima buah sekolah yang terlibat dalam program ini iaitu Sk (f) Sebertak, Sk (f) Rentam, Sk (f) Kumai, Sk Kerayong Jaya dengan jumlah murid 200 orang.

Antara pengisian aktiviti yang diadakan ialah jungle trakking dan taklimat oleh pembantu hidupan liar. Sepanjang jungle trakking yang dijalankan, murid-murid dikehendaki mencatat, menulis atau melukis haiwan, serangga atau tumbuhan yang telah dijumpai. Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid-murid dengan alam sekitar.

11 October 2011

KEM BINA JUARA & KEM LITERASI AL-QURAN

Posted by Admin On 9:24 AM No comments



8 Oktober 2011 - Bertempat di SK Kerayong telah diadakan program j-QAF iaitu Kem Bina Juara dan Kem Literasi Al-Quran yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Program ini telah melibatkan hampir semua sekolah di daerah Bera di mana guru-guru j-QAF telah menjadi fasilitator sepanjang program tersebut diadakan.

Bagi Kem Bina Juara, aktiviti yang telah ditetapkan ialah tilawah al-Quran, khat dan hiwar bahasa arab. Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan LDK telah dijalankan. Seterusnya murid-murid akan dinilai sejauh mana kehebatan masing-masing dalam pertandingan yang telah diadakan. Begitu juga dengan Kem literasi al-Quran, murid-murid telah diajar membaca iqra' dan murid yang telah menunjukkan potensi yang baik telah dipilih daripada setiap kumpulan. Tahniah kepada semua murid SK (f) Sebertak yang telah menyertai dan berjaya pada hari tersebut. Semoga dengan program ini dapat meningkatkan lagi motivasi dan semangat murid untuk terus cemerlang dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

02 October 2011

KUNJUNGAN SI PINTAR

Posted by Admin On 5:56 PM No comments


29 September 2011 - Pada hari khamis yang lepas kami telah menerima kunjungan Si Pintar. Si Pintar yang tiba pada jam 8 pagi disambut dengan paluan kompang sehingga ke Dewan SK (f) Sebertak. Murid-murid kelihatan sungguh gembira dapat bersalaman dan bergambar dengan Si Pintar. Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama Si Pintar. Murid-murid dan guru-guru telah menerima Majalah Kuntum sebagai kenangan daripada pihak majalah Kuntum. Terima kasih kepada Si Pintar kerana sudi memilih sekolah kami. Diharap dengan kunjungan Si Pintar dapat dijadikan inspirasi dan motivasi bagi murid-murid SK (f) Sebertak untuk terus melangkah maju dalam pelajaran. Di bawah terdapat beberapa kenangan manis yang telah diabadikan bersama Si Pintar.

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1432H/2011

Posted by Admin On 5:54 PM 1 comment






26 September 2011 - Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Sekolah Kebangsaan (f) Sebertak telah diadakan bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari. Murid-murid telah diwajibkan memakai pakaian raya masing-masing. Guru-guru serta staf-staf Sekolah Kebangsaan (f) Sebertak juga tidak ketinggalan turut sama memeriahkan majlis dengan memakai pakaian raya masing-masing. Antara menu yang telah menjadi pilihan ialah lemang, rendang, sate, soto dan pelbagai lagi di samping kuih raya yang telah disumbangkan sendiri oleh warga sekolah.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat ialah YDP PIBG, ajk PIBG dan wakil-wakil daripada sekolah-sekolah yang berhampiran. Majlis telah berlangsung dengan meriah walaupun dalam keadaan yang bersederhana. Semoga majlis yang telah berlangsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak.

Website counter