09 March 2012

GURU PENYAYANG 2012

Posted by Admin On 5:14 AM No comments





Program Guru Penyayang telah dilancarkan pada 1 Mac 2012. Program Kementerian Pelajaran Malaysia ini bertujuan supaya guru-guru dapat menonjolkan kasih sayang mereka terhadap murid-murid. Pada tanggal 9 Mac 2012, Sk(f) Sebertak telah melancarkan Program Guru Penyayang ini di peringkat sekolah. Seawal 6.45 lagi guru-guru SK (f) Sebertak telah beratur di pintu pagar untuk menyambut kehadiran anak murid sambil memaniskan muka, membetulkan tali leher atau tudung murid. Tidak kurang juga guru-guru yang mengucapkan kata-kata dorongan dan semangat untuk murid-murid terus belajar. Selepas itu program diteruskan dengan penyampaian hadiah guru dan murid yang lahir pada bulan Mac, persembahan murid-murid tahun 2 dan tahun 5 serta penyerahan mentor dan mentee. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan di antara murid-murid dan guru-guru. Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua pihak.

Gambar selanjutnya di Facebook SK Sebertak

Website counter