18 May 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6

Posted by Admin On 9:55 PM 1 comment
















Luas pemandangan, banyak pengalaman. Pada tanggal 13 Mei-14 Mei 2011, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bagi murid-murid tahun 6. Seramai 40 orang murid telah menyertai lawatan ini bersama dengan 4 orang guru pengiring iaitu Cik Hafizan bt Jali, Cik Nor Rizan Ghani, En Mohd Ikram dan juga En Junaidi serta En Mohd Hairil Azhar.

Antara tempat yang telah dilawati adalah Menara Berkembar Petronas, Petrosains, Planetrium Negara, Aquaria KLCC dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang telah dikunjungi. Lawatan ini banyak memberi pengalaman baru kepada pelajar-pelajar dengan melihat budaya-budaya baru di tempat orang. Diharapkan agar murid-murid dapat memanfaatkan segala pengalaman yang telah diperoleh untuk kebaikan pada masa hadapan.







HARI GURU SKS 2011

Posted by Admin On 8:43 PM 1 comment








Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Hari Guru merupakan hari penghargaan kepada setiap insan yang bergelar guru. Berdasarkan sejarah, pada tanggal 16 Mei ini iaitu pada tahun 1956, Laporan Razak telah diterima sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dan semenjak itu, tanggal 16 Mei ini telah dipilih sebagai Hari Guru bagi negara kita. Tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".

SK (F) Sebertak juga telah meraikan Hari Guru peringkat sekolah pada tanggal 16 Mei 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian pada hari guru pada tahun ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bola jaring dan bola sepak, sukaneka, pertukaran hadiah, persembahan guru dan juga murid serta anugerah guru popular. Hampir kesemua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan staf-staf sokongan.

08 May 2011

SUKANEKA PRASEKOLAH

Posted by Admin On 8:57 AM No comments






Sukaneka prasekolah telah diadakan pada 6 Mei 2011 bertempat di padang SK Felda Sebertak. Sukaneka telah bermula pada jam 8 pagi. Antara acara yang telah dipertandingkan adalah acara tarik tali, acara mengisi air di dalam botol dan pelbagai lagi.

Saksikan lagi aksi-aksi comel murid prasekolah di sini.

Website counter