27 April 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Posted by Admin On 9:14 PM 1 comment







ICT merupakan salah satu kaedah untuk merevolusikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kepesatan ICT banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa LADAP sekolah telah mengambil inisiatif dengan merancang untuk mengadakan kursus "Adobe Photoshop" . Ini sejajar dengan kehendak ICT semasa pada hari ini.

Kursus ini telah bertempat di makmal komputer pada 20 dan 21 April 2011 selepas tamat waktu persekolahan. Seramai 29 orang guru telah terlibat di dalam kursus ini. Mohd Hairil Azhar telah mengendalikan kursus dengan menyampaikan maklumat dan info berkaitan kepada guru-guru SK (F) Sebertak. Guru-guru telah diberi peluang untuk mencuba sendiri aplikasi "Adobe Photoshop" dan pelbagai hasil yang menarik dan kreatif telah dipaparkan. Kursus ini secara tidak langsung telah berjaya menambah pengetahuan dan meningkatkan minat guru terhadap ICT terutamanya perisian "Adobe Photoshop".

Semoga dengan selesainya kursus ini berjaya memberi impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada guru-guru supaya dapat meningkatkan kualiti mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharapkan segala ilmu yang telah diperoleh dapat membantu guru-guru untuk mempelbagaikan lagi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Gambar klik sini

25 April 2011

MTQ PERINGKAT NEGERI PAHANG

Posted by Admin On 5:20 PM 1 comment





Pada tanggal 22 hingga 24 April 2011, Temerloh Bandar Ikan Patin telah dipilih menjadi tuan rumah bagi MTQ peringkat negeri Pahang bagi tahun 2011 dengan memilih SBPi Temerloh sebagai tempat pertandingan. Dua orang peserta telah terpilih daripada SK (F) Sebertak bagi mewakili daerah Bera ke pertandingan tersebut. Peserta tersebut adalah Mohd Hisyam bin Haridan (bercerita kisah-kisah nabi) dan Nur Aimi Nabila binti Yusrin (hafazan). Tahniah diucapkan kepada para peserta daerah Bera kerana telah memberikan saingan yang hebat kepada peserta daerah-daerah lain walaupun tidak berjaya membawa pulang piala kemenangan. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buat kalian.

Gambar sila klik sini

KOKURIA BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH BERA

Posted by Admin On 5:16 PM No comments



Pada tanggal 19 April 2011 dan 20 April 2011 telah diadakan kokuria bahasa inggeris peringkat daerah Bera di SMK Triang 3 bagi peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah. Antara pertandingan yang telah diadakan adalah pertandingan public speaking, parlimentary debate dan story telling. Syasriena bt Ajjahar telah mewakili SK (F) Sebertak dalam pertandingan public speaking. Walaupun tidak membawa pulang kejayaan, namun pengalaman yang dikutip tidak sedikitpun melunturkan semangat peserta untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada peserta semoga lebih maju jaya pada masa akan datang. Syabas!

MINGGU ANTI DADAH

Posted by Admin On 2:05 PM 1 comment







"DADAH MUSUH NEGARA"
Slogan ini telah lama didengari, namun masih dipandang enteng oleh masyarakat. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Minggu Antidadah.


Pada tanggal 18 April 2011, minggu antidadah telah dirasmikan Pn.Pauziah binti Mohamed Kassim. En.Junaidi juga telah mengumumkan beberapa aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sepanjang minggu antidadah ini seperti kuiz antidadah, melukis poster, membina karangan dan banyak lagi. Minggu antidadah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah terutamanya murid-murid agar menjauhi diri daripada dadah dan aktiviti gejala sosial yang tidak berfaedah di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tahniah kepada jawatankuasa yang telah menjayakan minggu anti dadah. Semoga pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan pada masa akan datang.

13 April 2011

MINGGU KESELAMATAN - POLIS DIRAJA MALAYSIA

Posted by Admin On 7:17 PM 1 comment


Pada tanggal 13 April 2011, pihak polis telah dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada murid-murid sekolah SK Felda Sebertak. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid tahap dua sahaja. Ceramah telah dimulakan selepas tamatnya rehat.

Pelbagai maklumat dan info yang telah disampaikan kepada murid-murid. Antara perkara yang paling ditekankan oleh penceramah adalah menghormati ibu bapa dan guru. Hal ini adalah kerana ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup setiap insan.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim


Ini telah membuktikan bahawa ibu bapa adalah insan yang paling penting untuk kita hormati dan sayangi untuk mendapatkan redha daripada mereka. Oleh itu dengarlah dan turutilah nasihat ibu bapa untuk agar tidak terjebak ke dalam perkara-perkara yang tidak bermoral dan tidak berfaedah. Semoga dengan ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah dapat meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri murid-murid.

Gambar klik di sini

12 April 2011

MINGGU KESELAMATAN - BOMBA & PENYELAMAT

Posted by Admin On 5:16 PM No comments




Sempena minggu keselamatan, pihak sekolah dengan kerjasama Hal Ehwal Murid telah mengadakan pelbagai program. Antara programnya ialah dengan menjemput bomba dan penyelamat untuk hadir ke sekolah dengan harapan agar pendedahan berkaitan dengan hal-hal kebakaran dapat diberikan kepada warga SK Felda Sebertak.

Wakil daripada pihak bomba iaitu En Kamaludin dan En Mano telah tiba pada jam 9.15 pagi. pada jam 9.40 pagi loceng kecemasan telah dibunyikan dan semua murid-murid berkumpul di padang sekolah. En Mano telah memberikan 80 markah terhadap perjalanan proses 'firedrill' yang telah dijalankan. Kemudian penerangan demi penerangan telah diberikan kepada murid-murid dan guru-guru berkaitan dengan hal-hal kebakaran. Setelah penerangan yang jelas diberikan, demonstrasi memadamkan kebakaran dijalankan. Beberapa orang murid dan guru yang sukarela mencuba telah diberi peluang untuk mencuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan pemadam api.

Secara kesimpulannya, program ini sangat berkesan kerana dapat memberikan input yang baru dan berguna kepada warga sekolah terutamanya murid-murid sebgai persediaan untuk mengahdapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga. Bak kata pepatah malang tidak berbau. diharapkan program seperti ini dpaat dijalankan pada tahun-tahun akan datang.

Gambar selanjutnya klik di sini

11 April 2011

TEKNIK MENJAWAB KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN MATEMATIK FASA 1

Posted by Admin On 8:54 AM No comments



Hari terus berlalu dan kini kita telah berada di bulan April bagi tahun 2011. UPSR hanya tinggal lebih kurang 151 hari iaitu bersamaan dengan 5 bulan sahaja lagi bagi murid tahun 6 untuk menduduki UPSR. Panitia Matematik telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bengkel teknik menjawab soalan matematik bagi murid tahun 6. Bengkel tersebut telah diadakan pada 9 April 2011 iaitu pada hari Sabtu pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Seramai 47 orang murid tahun 6 telah terlibat dalam bengkel ini.

Bengkel tersebut telah diadakan di makmal komputer SK Felda Sebertak. Pn Lizawati bt Salzi daripada Sk Kerayong telah dijemput sebagai penceramah jemputan bagi bengkel tersebut. Objektif bengkel tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid tahun 6 khususnya dengan teknik-teknik yang betul untuk menjawab kertas peperiksaan. Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran sedia ada murid sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Diharapkan semoga murid-murid tahun 6 dapat mengaplikasikan segala teknik-teknik yang baru diperoleh demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Lagi gambar..


MAJLIS PERASMIAN KEBERSIHAN KELAS & MINGGU KESELAMATAN

Posted by Admin On 8:50 AM No comments



Pada tanggal 11 April 2011, majlis perasmian telah diadakan bersempena dengan minggu keselamatan dan juga pertandingan kebersihan kelas sepanjang tahun 2011 ini. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Felda Sebertak iaitu En. Mohd Pirzan b. Md Noh.

Guru Besar dalam ucapannya telah berpesan kepada murid-murid agar menjaga kebersihan kelas dan sekolah terutamanya. Hal ini adalah kerana untuk memastikan kelas berada di dalam keadaan yang kondusif dan sesuai untuk mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru besar turut mengingatkan murid-murid untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berada di mana-mana terutama apabila berada di dalam kelas untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. Semoga dengan majlis pelancaran ini akan memebri pendedahan kepada murid-murid agar lebih mengutamakan keselamatan walau di mana pun mereka berada.

Gambar selanjutnya klik di sini

06 April 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BERA 2011

Posted by Admin On 10:51 PM 1 comment

Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah Bera telah diadakan pada 4 April 2011 bertempat di SMK Seri Bera. seramai 3 orang murid telah mewakili zon Bera 1 iaitu Mohd Hisyam bin Haridan (bercerita), Aimie Nabila binti Yusrin (hafazan) dan Siti Solehah bt Razali (tadarus Al-Quran). Alhamdulillah, Mohd Hisyam bin Haridan telah menjadi johan bagi bercerita kategori lelaki manakala Aimie Nabila binti Yusrin juga telah menjadi johan bagi hafazan kategori perempuan. Siti Solehah bt Razali pula menyandang tempat ketiga bagi tadarus Al-Quran kategori perempuan. Pencapaian murid daripada SK Felda Sebertak ini adalah sangat membanggakan dan semoga mereka akan membawa pulang kemenangan pada Majlis Tadarus Al-Quran peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung pada 22, 23 dan 24 April 2011.

PERKHEMAHAN TKRS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

Posted by Admin On 2:39 PM 1 comment



Pada 28 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011, satu perkhemahan tunas kadet remaja (TKRS) sekolah rendah peringkat negeri Pahang telah diadakan bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Raub, Sega, Raub. Kesemua daerah di negeri Pahang telah menghantar kontijen masing-masing. Seramai 382 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini. Rasionalnya aktiviti perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli kadet untuk merasai sendiri pengalaman dan pengetahuan melalui pembelajaran di luar bilik darjah selain memantapkan disiplin setiap individu. Selain itu, matlamat utama perkhemahan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, berilmu dan berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perkhemahan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam. Bagi kontijen Bera, kami telah berkumpul di PPD Bera sebelum bertolak ke sana. Perjalanan ke pusat perkhemahan memakan masa hampir 3 jam dan kami tiba di sana pada jam 2.30 petang. Pada petang tersebut peserta dikehendaki mendirikan khemah di samping membuat persediaan bagi aktiviti pada keesokannya. Keesokannya peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing serta aktiviti dan pertandingan mengikut kumpulan diadakan. Pada sebelah malamnya peserta dikehendaki membuat persediaan bagi persembahan pada malam hari ketiga. Pada malam pertandingan persembahan kesemua kontijen telah membuat persembahan masing-masing seperti lakonan, nyanyian dan pentomin. Pada hari terakhir, majlis perasmian penutup telah diadakan pada jam 10.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Tn Hj Juha bin Pudin (Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan JPN). Pelbagai aktiviti telah diadakan di sana. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan kontijen terbaik, pertandingan memasang dan membuka khemah, pertandingan ikhtiar hidup, pertandingan ikatan dan simpulan, dan pertandingan malam kebudayaan. Selain itu terdapat juga aktiviti berkumpulan seperti kembara, pandu arah, bantu mula, merentas halangan dan ikhtiar hidup. Aktivit-aktiviti seperti ini telah memberikan pelbagai pengalaman pahit mahupun manis kepada peserta. Semoga aktiviti perkhemahan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Gambar klik sini

04 April 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25

Posted by Admin On 1:01 PM 1 comment



Pada tanggal 29 Mac 2011, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Felda Sebertak telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke-25. Mesyuarat agung tersebut telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di dewan SK Felda Sebertak. En. Tahzir bin Husain yang merupakan Pegawai Khas Menteri PDNKK merangkap ahli parlimen Bera telah dijemput bagi merasmikan mesyuarat agung tersebut. Seramai 120 orang ibu bapa telah hadir ke mesyuarat agung pada petang tersebut.

Pendaftaran ibu bapa dan penjaga telah bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat agung PIBG bermula pada jam 3.00 petang dengan ucapan Yang Dipertua PIBG dan ucapan Penasihat PIBG. Seterusnya minit mesyuarat agung ke-24 dibentangkan dan pembubaran dan pelantikan AJK Sesi 2010/2011 diadakan. Pada jam 3.45 petang upacara perasmian dimulakan dengan ketibaan perasmi iaitu En. Tahzir bin Husain. Majlis perasmian diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG SK Felda Sebertak, ucapan oleh Penasihat PIBG dan ucapan perasmian oleh perasmi. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada murid-murid cemerlang UPSR 2010 dan majlis bersurai pada jam 5.00 petang.Semoga dengan pelantikan AJK PIBG yang baru dapat membawa kecemerlangan dan kejayaan kepada SK Felda Sebertak.



Gambar klik di sini


Website counter