09 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H

Posted by Admin On 11:00 PM No comments












Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Sebagai tanda ingatan terhadap rasulullah s.a.w, pihak sekolah telah memilih tanggal 9 Februari 2012 untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Tentatif program bermula dengan perarakan sambil berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan diketuai oleh En Junaidi. Seterusnya ialah murid-murid masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar, persembahan sajak dan nasyid daripada kelas 5 UM dan ceramah Maulidur Rasul. Penceramah jemputan daripada PPD Bera iaitu Ustaz Mohd Kusyairi b Salleh telah menyampaikan ceramah yang cukup bermakna di hati warga SK (f) Sebertak. Semoga warga SK (f) Sebertak dapat menanamkan kecintaan dan kerinduan kepada rasulullah s.a.w dengan sentiasa berselawat kepada baginda.

PROGRAM PEMANTAUAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA SESI DEBRIEFING UPSR BERA KE ARAH 2.06 SEKOLAH-SEKOLAH FELDA A

Posted by Admin On 10:59 PM No comments

Pada 19 Jan 2012, Program Pemantauan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran serta Sesi Debriefing UPSR Bera ke arah 2.06. Bertempat di Makmal Bahasa Sk (f) Sebertak telah diadakan sesi debriefing tersebut yang telah disertai oleh semua Guru Besar, GPK Pentadbiran, Guru Penyelaras Kecemerlangan UPSR daripada sekolah-sekolah felda A dan juga pegawai-pegawai akademik PPD Bera. Sekolah-sekolah felda A terdiri daripada 9 buah sekolah iaitu Sk (f) Sebertak, Sk (f) Bukit Kepayang, Sk (f) Purun, Sk (f) Tementi, Sk (f) Kumai, Sk (f) Rentam, Sk (f) Mayam, Sk (f) Triang 3 dan Sk (f) Triang 2. Semoga dengan terlaksananya program ini, maka UPSR daerah Bera ke arah 2.06 akan tercapai.


















Website counter