02 November 2011

MAHRAJAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BERA

Posted by Admin On 7:58 PM No comments





2 November 2011 - Mahrajan (pertandingan) dan majlis khatam al-Quran telah diadakan bertempat di Masjid Darul Fikri, Kerayong, Bera. Antara pertandingan yang telah dipertandingkan ialah tilawah Al-Quran, hafazan dan kuiz dengan penyertaan daripada semua sekolah di daerah ini. SK (f) Sebertak pula telah merangkul johan bagi hafazan yang mana ia telah diwakili oleh Aimie Nabila Yusrin dan kuiz telah menggondol tempat ketiga yang telah diwakili oleh Mohd Hisyam, Aimie Nabila, Naziera dan Ahmad Aidil Aizad. Manakala seramai 175 orang murid tahun 6 bagi seluruh sekolah di daerah ini yang telah khatam hakiki telah menyertai majlis ini. Semoga kecemerlangan yang telah diperoleh pada tahun ini menjadi teladan dan kebanggaan warga SK (f) Sebertak.

Website counter