Program keceriaan peringkat sekolah dengan rasminya telah dilancarkan pada perhimpunan pagi Isnin, 26 April 2010. Majlis dimulakan dengan ucapan Ustazah Madehah selaku penyelaras keceriaan sekolah. Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar dan seterusnya menarik banting yang digantung di hadapan sekolah. Maka bermulalah kerja-kerja cikgu untuk berpenat lelah menyiapkan projek masing-masing. Guru-guru telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan 1 dikehendaki menyiapkan Visi, Misi dan Lagu Sekolah. Kumpulan 2 menyiapkan Rukunh Islam dan Rukun Iman. Kumpulan 3 pula dengan projeknya menyiapkan gambar bendera-bendera negeri. Letih ada, gembira ada, tension pun ada. Yang penting kerjasama. Walau pun kami banyak mulut tapi hasil Tip Top. Mudahan siap mengikut yang dirancangkan
1 comments:
gb tu mcm tak reti melukis je gayanya. tahniah pd jk keceriaan yg telah berusaha melakukan sesuatu utk menambah keceriaan sekolah. harapan usaha murni ini tidak terhenti setakat itu sahaja.
Post a Comment