18 May 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Posted by Admin On 9:50 PM 1 comment


Kebanyakan sekolah merayakan sambutan Hari Guru pada hari Isnin, 17 Mei 2010. Tidak ketinggalan juga SK Sebertak. Perayaan Hari Guru di sini disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Pelbagai acara telah diatur untuk memenuhi pengisian hari tersebut. Ia dimulakan dengan perhimpunan pagi. Acara dalam perhimpunan pagi itu antaranya ialah ucapan wakil murid, bacaan perutusan, nyanyian lagu Hari Guru dan Guru Pembina Negara Bangsa serta pemberian cenderamata oleh Kelab Guru. Selepas itu diadakan pula pertandingan mewarna dan melukis poster oleh murid-murid, sukaneka guru, perlawanan bolasepak antara kakitangan sekolah dengan pasukan veteran Sebertak dan kemuncaknya ialah persembahan oleh setiap guru. Tahniah kerana cikgu-cikgu sangat sporting masa tu. Ramai pulak cikgu yang menyanyi. Riuh dewan dengan gelak ketawa murid dan cikgu. Rupa-rupanya ramai juga cikgu yang berbakat kat sini. Itulah Hari guru. Gambar selanjutnya KLIK SINI

1 comments:

bagi memeriahkan hari guru ini, diharapkan pada tahun hadapan majlisnya disediakan oleh PIBG dan ahli alumni sk sebertak

Post a Comment

Website counter