15 August 2010

Ihya' Ramadan

Posted by Admin On 3:32 PM 1 comment


Selamat menunaikan ibadah puasa untuk warga SK Sebertak dan sekelian muslimin dan muslimat. Semoga puasa kita kali ini diterima Allah dan bukanlah dari golongan yang mendapat lapar dan dahaga sahaja. Sempena bulan mulia ini, pihak sekolah menjalankan aktiviti tadarus Al Quran yang melibatkan semua guru dan murid-murid yang dapat membaca Al Quran dengn baik. Murid-murid dibahagikan kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan dibimbing oleh seorang atau 2 orang guru. Ia dijalankan pada waktu rehat. Semoga program ini dapat menambah ibadah kita dalam bulan puasa ini. Gambar selanjutnya KLIK SINI

1 comments:

Mudah-mudahan program ihya Ramadhan ini (tadarus) akan membantu membina generasi yang cintakan al Quran dan menghayati dalam hidup mereka. Seterusnya akan lahir generasi yang taksub pada agamanya. Iman yang dimujahadahkan bukan iman warisan, sekejab ada dan sekejab hilang. Besarnya pengorbanan kita semua wahai guru-guru.

Post a Comment

Website counter