Tanggal 16 Mei merupakan Hari Guru yang disambut pada setiap tahun. Hari Guru merupakan hari penghargaan kepada setiap insan yang bergelar guru. Berdasarkan sejarah, pada tanggal 16 Mei ini iaitu pada tahun 1956, Laporan Razak telah diterima sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dan semenjak itu, tanggal 16 Mei ini telah dipilih sebagai Hari Guru bagi negara kita. Tema hari guru pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
SK (F) Sebertak juga telah meraikan Hari Guru peringkat sekolah pada tanggal 16 Mei 2011. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang sebagai pengisian pada hari guru pada tahun ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bola jaring dan bola sepak, sukaneka, pertukaran hadiah, persembahan guru dan juga murid serta anugerah guru popular. Hampir kesemua aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan baik. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan staf-staf sokongan.

1 comments:
salam wat sume cekgu yg kini mengajar d sks.epy techers day wat sume warge pendidik...truskan usha mulie kalian tuk melahirkan bangsa berjaya...
Post a Comment