18 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan 2011

Posted by Admin On 10:01 PM 2 comments



























































Larian 1Murid 1Sukan telah disokong penuh oleh seluruh warga Sk (f) Sebertak. Larian ini yang telah diadakan pada 2 Julai 2011 telah memenuhi kehendak dasar yang telah diwujudkan iaitu mewajibkan setiap murid untuk menyertai 1 sukan sekurang-kurangnya.

Seawal jam 7 pagi lagi guru-guru dan murid-murid telah berkumpul di kantin sekolah untuk mendaftar. Pada jam 7.45 pagi, larian telah dimulakan. Murid-murid memulakan dan menamatkan larian di padang sekolah. Setelah tamatnya larian, murid-murid berkumpul di padang untuk menyertai aktiviti seterusnya iaitu sukaneka. setelah waktu rehat, aktiviti senamrobik pula diadakan. Selepas itu, penyampaian hadiah diadakan dan bersurai.

2 comments:

sape yg rasmi tu? bkn main lg mak tam tu senamrobik. gb br tak ikut bersenam ke? lepas ni staf sks slim2 belakalah nmpknya.

ada gb baru. ada dalam gambar tu. Tekaa..yang baju coklat samar. yang manis tu

Post a Comment

Website counter