09 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433 H

Posted by Admin On 11:00 PM No comments












Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun Gajah. Sebagai tanda ingatan terhadap rasulullah s.a.w, pihak sekolah telah memilih tanggal 9 Februari 2012 untuk mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Tentatif program bermula dengan perarakan sambil berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan diketuai oleh En Junaidi. Seterusnya ialah murid-murid masuk ke dalam dewan. Majlis dimulakan dengan ucapan guru besar, persembahan sajak dan nasyid daripada kelas 5 UM dan ceramah Maulidur Rasul. Penceramah jemputan daripada PPD Bera iaitu Ustaz Mohd Kusyairi b Salleh telah menyampaikan ceramah yang cukup bermakna di hati warga SK (f) Sebertak. Semoga warga SK (f) Sebertak dapat menanamkan kecintaan dan kerinduan kepada rasulullah s.a.w dengan sentiasa berselawat kepada baginda.

0 comments:

Post a Comment

Website counter