13 May 2012

KURSUS KEPIMPINAN 2012

Posted by Admin On 9:56 AM No comments

9 Mei 2012 - Bertempat di dewan Sk (f) Sebertak, telah diadakan satu kursus kepimpinan unit uniform bagi tahap dua. Seramai 90 orang murid yang telah terlibat dalam kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Pn Zubaidah Sirajudin yang telah dijemput khas dr SMK Seri Bera. Ceramah yang disampaikan oleh beliau banyak memberi input dan pengalaman baru kepada semua murid. Rasional kursus kepimpinan ini diadakan adalah murid dapat mengaplikasi perancangan, pengurusan, pengelolaan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi, berpeluang memperluas dan memanfaat ilmu pengetahuan mereka dalam bidang kepimpinan memperoleh pengetahuan dan pengalaman berkaitan aspek-aspek pengurusan dan pengelolaan unit-unit yang dipimpin membentuk murid yang bersahsiah dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Semoga dengan kursus ini, murid-murid dapat menonjolkan sikap kepimpinan yang wujud dalam diri setiap individu murid.

0 comments:

Post a Comment

Website counter