27 October 2010

Lawatan Ke SK Beladau Kolam, Kuala Terengganu

Posted by Admin On 9:54 PM 1 comment



Pertamanya, kami mengucapkan tahniah kepada SK Beladau Kolam di atas kejayaannya merangkul Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009. Oleh itu, guru-guru SK Sebertak telah mengadakan lawatan ke sekolah tersebut pada 24.10.2010 untuk meninjau dengan lebih dekat lagi. Di sana kami diberikan taklimat oleh guru besar SK Beladau kolam iaitu Puan Hajjah Normah. Banyaklah kaedah, tips dan cara-cara untuk mendapatkan kecemerlangan yang disampaikannya. Dokumentasi-dokumentasi juga banyak dan disusun dengan kemas. Insya Allah SK Sebertak akan mengikut jejak SK Beladau Kolam beberapa tahun lagi. Gambar selanjutnya KLIK SINI

1 comments:

terima kasih yg tidak terhingga pd...
Dato' Seri Ismail Sabri, Ahli Parlimen Bera
PIBG khususnya YDP PIBG En. Nordin Mohamad,
En. Izudin ketua cawangan UMNO Felda Sebertak,
dan AJK PIBG atas...

sumbangan kewangan dan berusaha keras untuk mendapatkan peruntukkan bagi menjayakan program sekolah dan PIBG untuk mengadakan lawatan 'benchmark' sambil bercuti dan rilek minda.

tahniah pd semua guru, ajk PIBG, PPM, ktgn pejabat yg telah dapat turut hadir.

harapan pengurusan sekolah agar jadikan lawatan ini sebagai titik tolak untuk sk sebertak menuju ke puncak kecemerlangan. moga semangat yang membara utk menggenggam kejayaan tidak pudar dan terus layu.

Post a Comment

Website counter