Baru-baru ini Unit Ko Kurikulum SK Sebertak telah berjaya menjalankan aktiviti perkhemahan yang melibatkan murid-murid Tahun Empat, Tahun Lima Dan Tahun Enam. Ia dijalankan pada 15 dan 16 Oktober 2010. Perkhemahan ini diadakan di dalam sekolah iaitu di tapak perkhemahan yang dikhaskan. Banyak aktiviti yang terpaksa dilalui oleh murid-murid. Gambar selanjutnya KLIK SINI
1 comments:
tahniah dan terima kasih diucapkan pada semua guru atas kerjasama yang ditunjukkan dalam menjayakan program perkhemahan bersepadu. walaupun agak terlewat kita mengadakannya kerana kekangan masa namun akhirnya terlaksana juga aktiviti ini.
diharapkan aktiviti ini memberi makna pada diri setiap murid yang menyertainya. ini adalah kerana aktiviti seperti ini memberi pengalaman secara langsung pada murid-murid. seandainya soalan penulisan BM ada menanyakan soalan yang berkaitan perkhemahan, sekurang-kurangnya pelajar dapat membayangkan apa yg telah mereka lalui.
selain dari itu, pihak sekolah berharap aktiviti ini akan mengajar murid-murid ikhtiar hidup dan memberi mereka ilmu dan kemahiran yang tidak diperolehi di dalam kelas.
cuma diharapkan pada tahun hadapan semua ibubapa membenarkan anak-anak mereka menyertai aktiviti seperti ini. sokongan ibubapa dan PIBG sangat penting.
Post a Comment