28 March 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011

Posted by Admin On 5:24 AM 1 comment

Majlis Tadarus Al-Quran peringkat zon bera telah diadakan pada tanggal 24 Mac 2011. Pada tahun ini SK Felda Kumai telah dipilih untuk menjadi tuan rumah. Sebanyak 1o buah sekolah yang telah menyertai majlis tadarus al-quran peringkat zon bera ini iaitu SK Felda Kumai, SK Felda Triang 2, SK Felda Triang 3, SK Felda Rentam, SK Felda Purun, SK Felda Tementi, SK Felda Mayam, SK Felda Sebertak, SK Felda Bukit Gemuruh dan SK Felda Bukit Kepayang. Antara pertandingannya adalah tadarus al-quran, pertandingan nasyid, pertandingan bercerita dan pertandingan hafazan.

Majlis telah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran peserta dan pada jam 8.00 pagi hakim diberi taklimat. Pertandingan telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berhenti rehat pada jam 10.30 pagi. Pada jam 10.45 pagi, pertandingan bersambung kembali dan pada jam 12.30 tengahari majlis penutupan dimulakan. Majlis penutupan dirasmikan oleh En Che Ab Hamid b Shafii iaitu wakil Pelajaran Daerah Bera dan majlis bersurai pada jam 2.00 petang.

SK Felda Sebertak telah mengekalkan kejayaan dengan menjadi johan keseluruhan selama 2 tahun berturut-turut dan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Antara nama yang telah mengharumkan nama sekolah adalah Siti Solehah bt Razali (johan tadarus al-quran), Aimie Nabila bt Yusri (johan hafazan), Mohd Hissyam b Haririzan (johan bercerita), Nurul Humaira' bt Rosli (naib johan bercerita). Kepada yang kurang bernasib baik semoga dapat mencuba yang terbaik pada masa hadapan. Sekalung penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru pedidikan Islam kerana telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam usaha mengekalkan SK Felda Sebertak sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.


Gambar seterusnya klik sini

1 comments:

tahniah di atas kejayaan. selain dari kebolehan dan kesungguhan murid-murid; juga komitmen guru-guru dalam melatih murid-murid.

saya harap kita dapat menyediakan pelapis lebih awal utk menghadapi tahun 2013.

Post a Comment

Website counter