03 March 2011

Kejohanan Bola Baling

Posted by Admin On 10:28 PM No comments








Pada tanggal 17 Februari 2011 telah diadakan satu kejohanan bola baling peringkat zon. Murid-murid yang telah dipilih untuk mewakili pasukan bola baling sekolah ini terdiri daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Satu perlawanan persahabatan telah diadakan dengan SK Felda Tementi, tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan bola baling sekolah dengan kekalahan 5-1. Pada hari kejohanan, pasukan sekolah telah menjadi naib johan kumpulan dengan menang terhadap SK Felda Mayam dengan 3-1 dan kalah tipis tehadap SK Felda Tementi dengan 2-1. dalam pusingan kedua pasukan sekolah telah menjadi johan dengan menang terhadap SK Felda Rentam dengan mata 4-1 dan seri dengan SK Triang 3 dengan 1-1. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah untuk menggondol emas dengan kalah tipis dengan pasukan SK Bukit Kepayang dengan 1-0.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling sekolah kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan membawa pulang kemenangan di tempat yang kedua. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada jurulatih pasukan bola baling ini iaitu Encik Khairul 'Azmi b. Abd Latif dan Cik Nurzuin bt Kamarudin kerana telah membawa pasukan ini berjuang berhabis-habisan. Semoga kemenangan ini akan menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada kemajuan sukan SK Felda Sebertak pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Website counter