25 March 2011

LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS ANJURAN PIBG

Posted by Admin On 11:02 AM 1 comment

Pada tanggal 17 dan 18 Mac 2011, telah diadakan satu lawatan ke Cameron Highlands anjuran PIBG. Lawatan ini telah disertai seramai 12 orang Ahli Jawatankuasa PIBG dan keluarga masing-masing dan menginap di Hotel Cool Point. Antara tempat yang telah dilawati adalah Taman Strawberi, Cactus Point, dan MARDI Cameron Highlands. Tujuan utama lawatan ini diadakan ialah untuk mendedahkan PIBG dengan tempat-tempat menarik yang terdapat di negara kita. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara Ahli Jawatankuasa PIBG. Pelbagai implikasi yang diperoleh daripada lawatan ini seperti dapat membuka mata dan minda kita terhadap persekitaran orang lain, menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada setiap individu serta memberi pendedahan terhadap alam ciptaan Allah SWT. Disamping itu, program ini dapat lagi mengeratkan tali siraturrahim antara guru dan ibu bapa. Diharapkan program seperti ini dapat dilangsungkan setiap tahun.





Mesyuarat PIBG diadakan di Hotel Cool Point


Makan Pagi Di Hotel Cool Point


Lawatan Ke RISDA Cameron Highland




Lawatan Ke Ladang Strawberry Cameron Highland


1 comments:

tahniah pd PIBG sekolah. sayang cikgu tak ramai yg pergi. hrp masa depan guru akan lebih komit akt yg dirancang PIBG.

dengar cite lepas ni, PIBG nak buat lawatan ke langkawi. bagus gak cdgn tu.

Post a Comment

Website counter