06 April 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN PERINGKAT DAERAH BERA 2011

Posted by Admin On 10:51 PM 1 comment

Majlis tadarus Al-Quran peringkat daerah Bera telah diadakan pada 4 April 2011 bertempat di SMK Seri Bera. seramai 3 orang murid telah mewakili zon Bera 1 iaitu Mohd Hisyam bin Haridan (bercerita), Aimie Nabila binti Yusrin (hafazan) dan Siti Solehah bt Razali (tadarus Al-Quran). Alhamdulillah, Mohd Hisyam bin Haridan telah menjadi johan bagi bercerita kategori lelaki manakala Aimie Nabila binti Yusrin juga telah menjadi johan bagi hafazan kategori perempuan. Siti Solehah bt Razali pula menyandang tempat ketiga bagi tadarus Al-Quran kategori perempuan. Pencapaian murid daripada SK Felda Sebertak ini adalah sangat membanggakan dan semoga mereka akan membawa pulang kemenangan pada Majlis Tadarus Al-Quran peringkat negeri Pahang yang akan berlangsung pada 22, 23 dan 24 April 2011.

1 comments:

bravo tahniah pd wakil sekolah dan zon bera kerana berjaya di peringkat daerah. teruskan latihan untuk berjaya di peringkat negeri pula. anda mampu.

terima kasih guru-guru yang terlibat melatih dan menyediakan murid berkenaan untuk berjuang.

Post a Comment

Website counter