06 April 2011

PERKHEMAHAN TKRS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG 2011

Posted by Admin On 2:39 PM 1 comment



Pada 28 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011, satu perkhemahan tunas kadet remaja (TKRS) sekolah rendah peringkat negeri Pahang telah diadakan bertempat di Pusat Kokurikulum PPD Raub, Sega, Raub. Kesemua daerah di negeri Pahang telah menghantar kontijen masing-masing. Seramai 382 orang peserta telah menyertai perkhemahan ini. Rasionalnya aktiviti perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli kadet untuk merasai sendiri pengalaman dan pengetahuan melalui pembelajaran di luar bilik darjah selain memantapkan disiplin setiap individu. Selain itu, matlamat utama perkhemahan ini adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, beriman, berakhlak mulia, mempunyai jati diri, berilmu dan berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Perkhemahan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam. Bagi kontijen Bera, kami telah berkumpul di PPD Bera sebelum bertolak ke sana. Perjalanan ke pusat perkhemahan memakan masa hampir 3 jam dan kami tiba di sana pada jam 2.30 petang. Pada petang tersebut peserta dikehendaki mendirikan khemah di samping membuat persediaan bagi aktiviti pada keesokannya. Keesokannya peserta dibahagikan kepada kumpulan masing-masing serta aktiviti dan pertandingan mengikut kumpulan diadakan. Pada sebelah malamnya peserta dikehendaki membuat persediaan bagi persembahan pada malam hari ketiga. Pada malam pertandingan persembahan kesemua kontijen telah membuat persembahan masing-masing seperti lakonan, nyanyian dan pentomin. Pada hari terakhir, majlis perasmian penutup telah diadakan pada jam 10.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg Tn Hj Juha bin Pudin (Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan JPN). Pelbagai aktiviti telah diadakan di sana. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan kontijen terbaik, pertandingan memasang dan membuka khemah, pertandingan ikhtiar hidup, pertandingan ikatan dan simpulan, dan pertandingan malam kebudayaan. Selain itu terdapat juga aktiviti berkumpulan seperti kembara, pandu arah, bantu mula, merentas halangan dan ikhtiar hidup. Aktivit-aktiviti seperti ini telah memberikan pelbagai pengalaman pahit mahupun manis kepada peserta. Semoga aktiviti perkhemahan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Gambar klik sini

1 comments:

bolehlah kita buat perkhemahan bagi unit berunifom di sekolah. mmg tdk boleh dinafikan akt ini amat diminati murid-murid. pengalaman perkhemahan ini dpt meningkatkan jati diri murid sama ada akhlak, disiplin diri malahan kemahiran yg dipelajari.

pada guru-guru, bantu murid-murid kita mendewasakan diri dalam keadaan berpandu dan terurus.

tahniah pd ust amni yg berkorban masa bagi menguruskan anak didik selama di sana. tahniah pd anak murid yg mengikuti prog ini kerana telah berjaya mengikuti perkhemahan hingga hari terakhir.

Post a Comment

Website counter