27 April 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

Posted by Admin On 9:14 PM 1 comment







ICT merupakan salah satu kaedah untuk merevolusikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kepesatan ICT banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa LADAP sekolah telah mengambil inisiatif dengan merancang untuk mengadakan kursus "Adobe Photoshop" . Ini sejajar dengan kehendak ICT semasa pada hari ini.

Kursus ini telah bertempat di makmal komputer pada 20 dan 21 April 2011 selepas tamat waktu persekolahan. Seramai 29 orang guru telah terlibat di dalam kursus ini. Mohd Hairil Azhar telah mengendalikan kursus dengan menyampaikan maklumat dan info berkaitan kepada guru-guru SK (F) Sebertak. Guru-guru telah diberi peluang untuk mencuba sendiri aplikasi "Adobe Photoshop" dan pelbagai hasil yang menarik dan kreatif telah dipaparkan. Kursus ini secara tidak langsung telah berjaya menambah pengetahuan dan meningkatkan minat guru terhadap ICT terutamanya perisian "Adobe Photoshop".

Semoga dengan selesainya kursus ini berjaya memberi impak yang positif kepada semua pihak yang terlibat khususnya kepada guru-guru supaya dapat meningkatkan kualiti mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Diharapkan segala ilmu yang telah diperoleh dapat membantu guru-guru untuk mempelbagaikan lagi teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Gambar klik sini

1 comments:

tahniah kerana berjaya mengadakan LADAP yg ditunggu2 oleh semua warga sekolah. bagi yg telah mengikuti kursus tu perlulah menghasilkan sesuatu karya spy ilmu yg dituntut tidak hilang begitu sahaja. 'practice make perfect'

Post a Comment

Website counter