13 April 2011

MINGGU KESELAMATAN - POLIS DIRAJA MALAYSIA

Posted by Admin On 7:17 PM 1 comment


Pada tanggal 13 April 2011, pihak polis telah dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada murid-murid sekolah SK Felda Sebertak. Murid-murid yang terlibat adalah murid-murid tahap dua sahaja. Ceramah telah dimulakan selepas tamatnya rehat.

Pelbagai maklumat dan info yang telah disampaikan kepada murid-murid. Antara perkara yang paling ditekankan oleh penceramah adalah menghormati ibu bapa dan guru. Hal ini adalah kerana ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam hidup setiap insan.

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Riwayat al-Hakim


Ini telah membuktikan bahawa ibu bapa adalah insan yang paling penting untuk kita hormati dan sayangi untuk mendapatkan redha daripada mereka. Oleh itu dengarlah dan turutilah nasihat ibu bapa untuk agar tidak terjebak ke dalam perkara-perkara yang tidak bermoral dan tidak berfaedah. Semoga dengan ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah dapat meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri murid-murid.

Gambar klik di sini

1 comments:

OCS tu patut dicontohi dalam menjaga kesihatannya. Tahun depan atau tahun ni hendak pencen tapi nampak muda je. Perot tak boroi pun. Jeles pulak saya melihatnya.

Pada guru-guru yang terutama yang muda-muda tu jagalah kesihatan anda kerana perjalanan anda masih jauh lagi.

Post a Comment

Website counter