04 April 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25

Posted by Admin On 1:01 PM 1 comment



Pada tanggal 29 Mac 2011, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Felda Sebertak telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke-25. Mesyuarat agung tersebut telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di dewan SK Felda Sebertak. En. Tahzir bin Husain yang merupakan Pegawai Khas Menteri PDNKK merangkap ahli parlimen Bera telah dijemput bagi merasmikan mesyuarat agung tersebut. Seramai 120 orang ibu bapa telah hadir ke mesyuarat agung pada petang tersebut.

Pendaftaran ibu bapa dan penjaga telah bermula pada jam 2.30 petang. Mesyuarat agung PIBG bermula pada jam 3.00 petang dengan ucapan Yang Dipertua PIBG dan ucapan Penasihat PIBG. Seterusnya minit mesyuarat agung ke-24 dibentangkan dan pembubaran dan pelantikan AJK Sesi 2010/2011 diadakan. Pada jam 3.45 petang upacara perasmian dimulakan dengan ketibaan perasmi iaitu En. Tahzir bin Husain. Majlis perasmian diteruskan dengan ucapan oleh YDP PIBG SK Felda Sebertak, ucapan oleh Penasihat PIBG dan ucapan perasmian oleh perasmi. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada murid-murid cemerlang UPSR 2010 dan majlis bersurai pada jam 5.00 petang.Semoga dengan pelantikan AJK PIBG yang baru dapat membawa kecemerlangan dan kejayaan kepada SK Felda Sebertak.



Gambar klik di sini


1 comments:

tahniah pd ajk pibg, kerana telah dpt menjalankan aktiviti yg dirancang. tk pd ajk yg byk membantu sekolah dlm membina kecemerlangan sekolah.

tahniah pd guru-guru yg telah bertungkus lumus dlm menjayakan persiapan mesy agung berkenaan.

tahniah pd ajk baru yg telah mendpat kepercayaan ahli utk membantu anak didik di sekolah ini.

mungkin ini mesy agung terakhir saya di sekolah ini. moga sk sebertak terus maju n maju.

Post a Comment

Website counter